Jiwakacak: artikel menarik
Showing posts with label artikel menarik. Show all posts
Showing posts with label artikel menarik. Show all posts

Sunday, April 18, 2010

Belajar tinggi tapi tiada akhlak

Malam tadi aku lepak2 kedai minum , suasana kedai tu agak suram sedikit , aku pun tak ingat berapa ramai yang  ada lepak skali dengan aku . Tengah syok2 lepak ada satu kereta sampai  , keluar pakcik pakai kopiah baju melayu , usya punya usya rupanya pengetua sekolah aku , aku salam tanya khabar ke dia , aku segan nak jumpa pasal aku pakai shortpan ,atas kepala pakai kopiah , tak tahu boleh jadi cam tu . Bingung  jugak , asal la aku tak ignore je dia.

Sebelum kami berpisah dia tegur aku , dengan suara yang serak2 basah , " jadi betul lah saya dengar kamu sekarang dah teruk , belajar tinggi2 tapi akhlak takde  , sia2 ayah kamu didik kamu " . Pastu dia hilang cam tu je , aku pana dalam delima..

Aku pun tak paham macam mana boleh jadi macam tu , dress pakai shortpan tapi pakai kopiah. Dalam 2 ke 3 minit datang pulak sorang lagi , yang ni memang sah aku kenal , dari jauh dah perasan , pakai kopiah putih jugak , skali ayah aku da..cam biasa , lama tak jumpa ayah , cium tangan tanya khabar , dia tanya aku dengan tone yang agak tinggi sambil mata merenung tajam, "awk ni apasal pakai macam nih ? selamba aku jawab ,  nak keluar tadi takde seluar panjang.. "habistu pakai macam ni pulak , seluar dah pendek , pakai kopiah pulak , sia2 abah hantar kamu belajar tinggi2 tapi takde akhlak ! " .

Aku tunduk rasa bersalah , dengar je lagi apa dia cakap. " nampak gayanya sia2 abah hantak awk belajar ke sini , hampa harapan abah , dah lah yang belajar tinggi2 semua tak jaga akhlak dia (adik2 aku yang lain kot ) , abah kena didik adik2 awak yang kecil supaya jangan jadi macam awak !! .

Terkesima aku dengar kata2 tu , rasa macam tak guna langsung aku hidup . Dalam pada tu , keadaan dikedai hanya sunyi sepi , macam takde orang la pulak . Ayah aku meminta menemanya ke airport , dia cakap nak pulang dah  , datang nak nengok aku je..

Selesai kapal terbang berlepas , aku macam kusut2 sikit , tiba2 masuk dalam dunia lain . Baru aku sedar rupanya aku mimpi tadi , nengok jam dah 2 pagi . Termenung panjang aku teringat kan mimpi tadi , sangat memberi kesan. Aku rindu mak dengan abah :(

Friday, April 17, 2009

Idea

Tahu kah anda time bila idea yang bernas akan muncul dalam kepala ? Ikutlah idea itu berkenaan dengan bisnes ke , nak edit blog ke , nak tulis posting ke , ikutah idea apa - apa pun , janji best . Perkara Itu sebenarnya selalu berlaku pada aku time - time nak exam ni . Macam - macam keluar yang best - best , sehinggakan nak study tak dapat tumpu . Yang aku peliknya time dah habis exam nanti , time dah cuti takde pula nak buat nya , sekarang bukan main , semua nak cuba , edit blognya , affiliatenya , cari barang bundlenya , macam - macam . Inilah dugaan yang sedang aku tempuhi disaat getir ni . Yang ni kerja syaitan merah (MU) dok hasut aku tulis posting kali ini , padahal baru nak buka kitab tadi. Sabar je lah.


Sebenarnya dari keadaan yang aku sedang lalui ni , aku dapat juga pengajaran yang berguna untuk dikongsikan dengan anda semua . Apa pengajaran yang aku dapat tu ? ha..! itu yang kita tak tahu yer...gurau je.

Apabila time idea kita datang mencurah - curah , apa salahnya kalau kita ambil pen , atau pun buka notepad , tulis je dulu ke semuanya , supaya nanti ia tidak hilang . Nanti time dah tiada idea , boleh kita rujuk balik . Nampak benda ni simple je , tapi dia betul - betul memberi kesan masa akan datang. Tak percaya ? Lu fikirlah sendiri !

Ijazah terbaik datangnya dari jalanan , dari pengalaman bercakap dan bersalaman .

P/s : Jangan catit idea perancangan untuk buat maksiat sudah .

Sunday, April 12, 2009

kesilapan telah hasilkan ribuan ringgit sehari !

Mungkin satu kebiasaan bagi kita apabila ingin mengejar sesuatu impian, kita akan mendapat banyak halangan. Orang akan berkata tidak, dan semua perkara tidak menjadi seperti yang dirancangkan.Jangan biarkan ianya mengubah momentum dan semangat anda.

Cuba ambil contoh George Lucas. Ramai yang tidak tahu pada mulanya George memujuk Marvel Comics untuk membuat filem tentang Flash Gordon, dan mereka langsung tidak ambil peduli. Dan akhirnya, setelah berkali-kali permintaannya ditolak, beliau membuat Star Wars.

Daripada halangan tersebut, beliau mengeluarkan produk yang menghasilkan billion US dollar, daripada filem, video games sehinggalah kepada pakaian. Seluruh dunia tergilakan aksi Star
Wars! Inilah hasilnya selepas matlamat utamanya ditolak.

Jangan ambil hati apabila gagal. Anda mempunyai misi anda sendiri,matlamat dan impian yang jelas. Jangan biarkan orang lain yang menolak permintaan anda untuk melemahkan semangat anda. Anda perlu fokus dan teruskan. Anda mempunyai sasaran dan anda mesti capai walaupun halangan menunggu. Ingat, selepas gagal kali pertama anda pelajari daripada kelemahan itu dan perbaiki untuk masa akan datang.

Apabila seseorang berkata tidak kepada anda, tanya kepada diri anda apa yang boleh anda pelajari daripadanya. Apa perubahan yang perlu supaya mereka berkata ya kepada anda. Anda perlu keluar dan dapatkan maklum balas. Dari situ anda tahu mana yang boleh berhasil, apa yang pelanggan anda mahu dan sebabnya.

"SESEORANG YANG TAKUT UNTUK MEMBUAT KESILAPAN TIDAK AKAN MENEMUI SESUATU YANG MENAKJUBKAN!"

Pastinya ada sesuatu yang hebat berlaku dalam hidup kita daripada kesilapan yang kita pernah buat. Tiada yang sempurna dalam hidup ini. Anda perlu membuat kesilapan dan teruskan kehidupan. Tiada seorang pun yang berjaya pada hari ini yang tidak pernah buat kesilapan.

Kekalahan adalah salah satu dari strategi kemenangan. Kekalahan adalah sesuatu yang ditakuti oleh orang yang gagal. Untuk menang, anda perlu kalah sekali sekala. Ianya menjadi pengalaman dan memberikan anda satu motivasi. Ia menunjukkan mana yang kurang dan bagaimana untuk anda perbaikinya. Pasukan yang menang sesuatu pertandingan tidak menang
semua perlawanan. Ingat, orang yang berhenti tidak akan maju ke depan.

Friday, February 27, 2009

Jangan berputus asa !

Salam untuk semua. Bagaimana hari ini ? adakah lebih baik dari semalam? adakah anda telah mencipta sejarah hidup anda sendiri pada hari semalam? adakah semalam merupakan hari paling malang untuk anda? semua ini perlu ditanya pada diri sendiri supaya kita lebih maju kehadapan. Adakah kita sudah bersedia untuk mengubah diri kita dari takuk yang lama ? tak kan sudah terantuk baru nak tengadak . Ramai orang setiap hari berusaha mengubah hidupnya dengan berbagai - bagai cara , yang penting pokoknya mereka mahu berubah tak kira melalui jalan yang baik ataupun tidak . Tetapi kadang - kadang kita juga mudah berputus asa dek cabaran yang datang. Itu semuanya asam garam kehidupan , barulah ada warna warni kehidupannya. kalau tak tiada la juara af dan american idol yang bermula dari seorang budak kampung yang kini dijadikan hero pujaan hati ..Hari ini saya kongsikan anda satu video yang betul - betul menyentuh perasaan dan membakar semangat saya untuk terus berusaha. Jom nengok..


Tuesday, December 30, 2008

Tutorial menjana wang dengan youtube

Salam mesra untuk semua . Hari ini banyak perkara yang berlaku disekeliling kita , tanpa kita sedar mahupun tidak , ianya terus berlalu dan akan meninggalkan kita menjadikannya kenangan hari semalam . Jadi apakah yang telah kita lakukan hari ini yang menjadikan kita lebih baik dari hari semalam ? tanya diri sendiri..lakukanlah perkara yang betul - betul memanfaatkan segala nikmat yang Allah beri , jadikanlah palestin hari ini sebagai ikhtibar , doakanlah palestin kembali tenang.

Jadi itu serba sedikit tazkirah untuk peringatan kita sebagai saudara sesama islam . Sebenarnya hari ini saya mahu berkongsi ilmu tengtang perniagaan internet serba sedikit yang saya tahu dari membaca .Adakah anda kenal dengan youtube? saya yakin dan percaya anda semua diluar sana sering menonton youtube . Sedar atau tidak sebenarnya youtube ini boleh juga dijadikan medium perniagaan yang menguntungkan . Macam mana duit itu di hasilkan ? Anda download dan baca disni , untuk anda yang betul - betul mahu mencuba perniagaan ini saya cadangkan anda dapatkan pekej video dari kak lisa ini . Selamat mencuba !.

Friday, December 26, 2008

Azam dunia baru 2009

Salam tahun baru untuk semua.Memandangkan tahun 2008 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi, aku mula menyimpan azam untuk tahun akan datang bagi mengubah kehidupan yang lebih gemilang , cemerlang , dan terbilang .Bagi aku tahun 2008 memorikan banyak kenangan manis dan pahit buat diri aku khususnya , akan aku simpan dalam lubuk fikiran yang berjambul ni.Macam poyo la pulak aku buat ayat skema macam ni , saje - saje je test sebab dah lama tak menulis karangan dalam bahasa melayu ni , asyik tulis singkat - singkat je dalam berchating tu ...huhu.

Agak - agak la , ape la azam aku untuk tahun baru ni yer , rasa - rasanya macam ni kot :

1. Aku nak ubah mindset aku supaya menjadikan diri aku antara yang terbaik dalam segala hal , sebab sebelum ni aku selalu yang terkebelakang
pasal rendah diri.(tawaduk la konon)

2. Aku nak lebih berjaya dalam study aku walaupun aku ni tak beberapa nak pandai macam orang lain . Usaha kena lebih sedikit tahun ni dan akan datang.

3. Aku nak kumpul barang - barang bundle yang rare untuk buat koleksi aku .Duit tengah banyak jadi boleh la aku shoping lebih sedikit (padahal hutang bersepah)

4. Aku nak mendalami ilmu al-quran sampai khatam quran . Pastu nak cari ilmu dalam bidang internet marketer yang berjaya .Tahun ni aku nak cuba busines internet bersungguh sikit.

5. Aku ingat tahun 2009 ni nak buat busines yang boleh menjana duit aku yang sedikit ni , jadi nanti - nantikanlah sape yang nak join venture ngan aku .

Itu je kot aku rase walaupun sebenarnya banyak lagi yang aku nak buat . Saja je aku tulis dalam posting ni supaya akan datang mana la tahu aku lupa diri sekejap ke , boleh rujuk balik kan..lagi satu mane la tahu member - member yang baca posting ni boleh tegur -tegur aku kalau tak buat mende yang aku tulis ni..tapi yang paling penting sekarang ni aku mesti tumpu study dulu , baru nampak sikit masa depan tu..Bak kata member aku sebelum ni ," ko ni ade mase depan , tapi malap " jadi tu la aku nak ubah . korang pula macam mana??
lu pikirlah sendiri beb !!!

Wednesday, December 17, 2008

Cip terpantas dunia

Pemproses Intel Core i7 mampu mencetus revolusi dalam teknologi pengkomputeran.




Dunia pengkomputeran memacu lebih laju pada pertengahan November lalu apabila cip yang dikatakan terpantas di muka bumi mula dilancarkan di seluruh dunia. Kelajuan cip pemproses itu didakwa sesuatu yang belum pernah dicapai oleh teknologi komputer meja sebelum ini.

Dilancarkan secara rasmi pada 17 November di Amerika Syarikat (AS), Taiwan turut diberi penghormatan untuk menjadi lokasi pelancaran susulan pada keesokan harinya. Ini kerana sokongan syarikat-syarikat papan induknya dalam merealisasikan rekaan cip Core i7. Malaysia juga tidak ketinggalan apabila cip komputer meja itu dilancarkan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Digelar dalam industri pengkomputeran sebagai 'kekaguman teknikal' dan diuar-uarkan pengeluarnya, Intel Corporation (Intel) sebagai 'pemproses terpantas di planet', Core i7 memegang rekod dunia terbaru ujian penanda aras yang mengukur prestasi komputer, SPECint_base_rate2006 dengan 117 markah. Ini adalah kali pertama sebuah pemproses berjaya mendapat markah melebihi 100.

Ia mampu mencetus revolusi baru dalam kepantasan dan kelajuan pada komputer meja.

Pemproses Intel Core i7 merupakan siri pertama dalam keluarga baru pemproses rekaan Nehalem dan tercanggih pernah dihasilkan setakat ini. Ia adalah teknologi baru yang meningkatkan prestasi serta memaksimumkan pemprosesan data.

"Intel Core i7 pada masa ini juga memegang rekod dunia dalam penanda aras Super Pi, 3DMark dan PCMark," kata Pengarah Pemasaran Pemproses Mikro Intel, Zane Ball ketika majlis pelancaran cip itu di Taiwan baru-baru ini.


INTEL telah menampilkan pemproses komputer meja terpantas untuk pengguna komputer peribadi menonton video, permainan dan muzik di komputer mereka.


Pemproses Core i7 mempunyai keupayaan 40 peratus lebih laju berbanding cip-cip komputer meja keluaran Intel sebelum ini. Dengan itu, ia menambahkan kelajuan penyuntingan video, permainan komputer dan aktiviti-aktiviti popular komputer dan Internet sehingga kadar berkenaan, tanpa meningkatkan penggunaan tenaga.

"Intel telah menampilkan pemproses komputer meja terpantas di bumi kepada pengguna-pengguna di planet ini, iaitu mereka yang menggunakan komputer peribadi mereka untuk tontonan video, permainan dan muzik," kata Pengurus Jualan dan Pemasaran, Intel Malaysia, Ryaz Patel ketika majlis pelancaran cip ini di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Apabila anda menggabungkan rekaan cip dengan lonjakan terbesar ini bersama inovasi-inovasi hebat yang lain, Core i7 seakan telah mendefinisikan semula komputer pada masa akan datang," tambahnya.

Teknologi unik Turbo Boost Technology mempertingkatkan prestasi untuk dipadankan dengan keperluan pengguna komputer dan bebanan kerja. Menerusi unit kawal kuasa on-die yang sofistikated dan penggunaan transistor power gate terbaru yang berasaskan kepada 45 nanometer, Turbo Boost secara automatik akan menyelaraskan kelajuan jam pada satu atau lebih daripada empat teras pemprosesan. Ia tidak meningkatkan penggunaan tenaga sama ada ketika aplikasi tunggal atau pelbagai.


PENGARAH Pemasaran Pemprosesmikro, Zane Ball pada majlis memperkenalkan cip i7 di Taipei, baru-baru ini.


Pemproses Core i7 juga dilengkapi dengan teknologi terbaru penjimatan tenaga Intel, yang membolehkan komputer meja untuk ditidurkan. Sebelum ini ia hanya boleh dilakukan pada komputer riba berasaskan Intel.

Pemproses Core i7 juga memiliki lebih dua kali ganda memori platform Extreme Intel terdahulu. Dengan teknologi Intel Quickpath, ia melajukan bit dan bait dalam proses pemindahan data.

Direka dengan teknologi Hyper-Threading Technology, pemproses ini juga membenarkan banyak laman komputer dioperasikan secara serentak. Dalam kata lain, ia melancarkan pekerjaan dua kerja dalam satu masa. Hasilnya, Core i7 menampilkan prestasi 8-threaded.

Intel Core i7 juga menawarkan prestasi mengagumkan untuk permainan game 3D dengan 40 peratus lebih laju berbanding pemproses berprestasi tinggi Intel sama ada ujian fizik dan kepintaran tiruan 3DMark Vantage CPU. Ia sekali gus menjadikan pengalaman permainan video lebih menyeronokkan dengan aksi permainan yang seakan dunia sebenar.

Laman-laman web teknologi juga memberikan reviu yang positif mengenai pemproses ini. Anandtech menyatakan Core i7 meneruskan kemaraan prestasi Intel. PC Perspective pula berkata Core i7 adalah 'segala yang dijanjikan.'

Tech Report pula menggelarnya sebagai salah satu daripada produk yang paling menganjakkan industri.


PENGALAMAN bermain video lebih menyeronokkan dengan aksi permainan yang seakan dunia sebenar dengan cip i7.


Core i7 merupakan ahli pertama dalam keluarga kejuruteraan mikro Intel Nehalem iaitu versi pelayan dan produk mudah alih yang akan dihasilkan kelak.

Setiap pemproses Core i7 memiliki 8MB tahap 3 cache serta tiga saluran memori DDR3 1066 untuk menyajikan prestasi memori yang hebat pada mana-mana platform komputer meja.

Pemproses berprestasi terhebat keluaran Intel, Intel Core i7 Extreme Edition juga mengalih pencegah kelajuan melebihi had, sekali gus membolehkan pelanggan mereka yang arif tentang komputer atau menjadikannya sebagai hobi untuk meningkatkan kelajuan cip.

Pemproses Intel Core i7 dan set cip Intel X58 Express berasaskan Intel Desktop Board DX58S0 Extreme Series dijual daripada pengusaha-pengusaha komputer dalam talian dan kedai-kedai.

Rangkaian pemproses Intel Core i7 yang terdiri daripada Intel Core i7-965 Extreme Edition, Intel Core i7- 940, Intel Core i7- 920 ini masing-masing dijual pada harga RM3,626, RM2,040 dan RM1,025.


Gajet idaman 2009

Apakah gajet-gajet yang dinantikan pada tahun 2009?


BASIKAL HIBRID SCHWINN


TAHUN 2008 semakin tiba ke penghujungnya. Bagi peminat teknologi khususnya mereka yang gemar mengumpul gajet, kehadiran tahun baru tidak berapa lama lagi tentunya memberikan harapan buat mereka untuk melihat gajet digital terkini. Berikut disenaraikan gajet yang dinanti pada tahun 2009:

* Basikal hibrid Schwinn

Pengeluar basikal lebih 100 tahun, Schwinn memperkenalkan basikal mesra alam yang menggunakan teknologi elektrik hibrid. Apa yang uniknya, sistem kuasa elektrik basikal ini boleh dimatikan bila-bila masa dan basikal ini akan berfungsi seperti basikal tradisional. Apabila suis bekalan kuasa diaktifkan, motor elektrik berkuasa tingginya akan memberikan anda satu pengalaman berbeza sementara bekalan kuasa dijana oleh bateri litium-ion berkuasa tinggi yang dibangunkan oleh Toshiba.

* Android

Sistem operasi untuk telefon bimbit ini akan melebarkan sayapnya apabila Motorola mengikuti jejak langkah T-Mobile untuk melengkapkan telefon bimbit mereka dengan Android. Sistem operasi yang dipelopori oleh Google ini akan membolehkan pelbagai aplikasi web digunakan terus dari telefon. Aplikasi rangkaian sosial kegilaan remaja seperti Facebook dan MySpace merupakan antara aplikasi yang membenarkan pengguna mengakses secara terus dari telefon bimbit mereka.

* Cakera keras Lenovo ThinkPad

Anda seorang yang banyak menghabiskan waktu kerja di luar pejabat tetapi memerlukan storan yang mampu melindungi data penting syarikat? Cakera keras mudah alih ini membolehkan anda membawa data ke mana sahaja dengan hati yang lapang kerana data anda dilindungi dengan enkripsi 128-bit dan kata laluan. Cakera keras SATA bersaiz 2.5-inci ini mampu menyerap hentakan dan berkapisiti sehingga 320GB.


PENGESAN A-GPS ZOOMBAK UNIVERSAL


* Pengesan A-GPS Zoombak Universal

Ibu bapa atau isteri yang ingin mengetahui ke mana anak atau suami mereka sering pergi, pastinya tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan gajet ini. Pengesan Zoombak Universal A-GPS akan memberitahu anda apabila ia memasuki persempadanan tertentu. Untuk mengetahui kedudukan subjek, anda hanya perlu menyembunyikan gajet ini di dalam kereta yang disasarkan. Pesanan ringkas (SMS) akan dihantar kepada pemiliknya apabila ia memasuki atau meninggalkan sesuatu kawasan.

* HP Photosmart C6388

Pencetak keluaran HP ini merupakan pencetak tiga dalam satu yang pertama yang dilengkapkan dengan ciri wayarles. Pengguna di pejabat mahupun di rumah yang mempunyai rangkaian tanpa wayar atau WiFi akan boleh terus melakukan cetakan secara wayarles. Model pencetak lain yang turut dilengkapi dengan keupayaan ini ialah C4580 dan C5380, kesemuanya merupakan pencetak pelbagai fungsi (cetak, salin dan faks). Selain menggunakan sambungan 802.11, ia juga mempunyai pilihan Bluetooth. Melalui sambungan Bluetooth, pengguna boleh mencetak terus dari telefon bimbit mereka.

* Garmin Nuvifone

Nuvifone bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah diuar-uarkan sejak lebih setahun yang lalu, namun pelancarannya telah ditangguhkan ke tahun hadapan oleh pengeluarnya, Garmin. Telefon yang banyak dipengaruhi oleh peranti pandu arah GPS ini dilengkapi dengan skrin berukuran 3.5-inci.


GARMIN NUVIFONE


Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan pelayar Internet, sokongan capaian HSDPA dan integrasi peta dan GPS. Nuvifone dijangka menjadi gajet 'panas' selepas iPhone yang menjadi dambaan ramai.

* Bingkai gambar Internet

Jika sebelum ini bingkai foto digital telah memasuki pasaran, kini bingkai gambar berinternet pula diperkenalkan. Diberikan nama InTouch, bingkai foto digital ini turut dilengkapi dengan capaian Internet menjadikannya peranti akses Internet dan bingkai foto/video beraudio.

Gajet ini didatangkan dengan skrin sesentuh berukuran tujuh inci jenis LCD TFT dengan resolusi 800 x 400. Ia turut dilengkapkan dengan ingatan binaan dalam 128MB dan juga menyokong storan tambahan seperti SD, CF, MMC dan banyak lagi. Melalui bingkai ajaib ini, pengguna boleh mengakses album foto digital mereka di laman seperti Flickr dan Picasa secara terus sekali gus membuat suntingan hanya melalui bingkai tanpa memerlukan komputer.


Saturday, December 6, 2008

Memotivasikan diri sendiri

Salam sume.Lame gak pikir ape nk ditulis dalam blog ni..last2 time nk tido tadi terpikir dalam kepala otak aku yang berjambul dua nih kenapalah aku ni asyik tido jer..(alasan rumah sejuk).Orang lain dok study group sana sini,yang aku pulak dok pikir time bila nak tidur..dari situ aku cuba muhasabah diri aku sedikit demi sedikit apa punca yang sebenarnya..aku mula merasakan jiwa aku selama ini kosong dengan amalan2 yang lebih mendekatkan diri aku dgn sang pencipta.Kerana apa aku meresakan sedemikian??sebabnya aku pernah merasa kemanisannya apabila aku selalu berbuat baik dgn diri aku dan allah s.b.w.Dari situ bermulalah satu episod yang baru untuk aku memulakan hidup baru dgn mencari sumber yang boleh memotivasikan diri aku ni semula.Selalunya org yang berjaya pasti ada sumber motivasi bagi dirinya..begitu juga sahabat2 seperjuangan..patutla najah alatul kan..Selalu time sekolah dulu2,senior aku akan suruh kami menyanyikan lagu yang memberi makna mendalam pada siapa yang menghayatinya..jadi aku sajikan untuk kita sama2 dengarkan,moga2 dapat manfaat..lebih2 lagi dah nk exam ni..semangat kena lebih..bak kata pepatah"kalau tak berusaha buka suiz lampu,macam mana lampu tu nk menyala"."gagal sekali bukan bermakna anda gagal selamanya,tp kalau dah tak berubah memang patut gagal pun".Ingatlah org yang tersayang..kita mampu mengubahya..Jom layan lagu semngat yang hilang..



Sunday, November 30, 2008

Semalam yang hangat

Semalam yang hangat??sebenarnya macam nih,semalam merupakan hari yang banyak menduga keimanan aku sebagai manusia muslim yang sejati..kenapa aku cakap macam ni sebabnya hari semlam gas rumah aku habis,jadi aku tak dapat memasak untuk mengisi perut yang kosong..tekanan itu makin dapat dirasai dengan keadaan rumah aku yang sujuk membuatkan perut aku menyanyi(lagu nasyid kot).Aku pon terpaksa lah membuka hidangan semalam iaitu kari ayam yang dimasak oleh chef topek(ahli bait).Tapi masalahnya kari tu dah sejuk,kalau sejuk je tak pe tapidah beku langsung..hmm..Aku cube mencari idea untuk memanaskannya..lalu meminta pendapat mmber2 dalam ym..salh satu pendapat yang aku terima dari barat(bukan nama sbnr)ialah menyuruh aku meletakkan periuk kari tu ats monitor aku..lame2 nanti panas la katanya..hmm(boleh pakai gak.Tapi aku tak pakai pon lalu aku mencuba untuk menggunakan caraku sendiri yang lg advanture..panaskan mengunakan lilin..(seksanya).Lama aku memengang pinggan nk tunggu kari panas...setelah bersusah payah,apa lagi...aku menyantap la hidangan yang ade tu...nasi plak dah macam syusi aku nngok..bab berketul2.Akhirnya kenyang juga aku..walaupon tak besh,tp sbnrya seronok sangat..waktu tu baru aku terpikir macam manalah agaknya org2 yang susah dekat luar sana,mesti dia org lebih bersusah payah untuk mendapatkan sesuap nasi...kesian kan..Moral dari cerita aku ni "kalau tak dipecahkan ruyungya,mana nak dapatkan sagunya"..lg satu "ulat dalam batu boleh hidup,tak kan kita manusia yang ade fikiran tak leh berfikir mcm semut untuk hidup dalam batu"...LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!




Thursday, November 27, 2008

Mari berfikir sejenak:Tahukah anda..??

  • * "... bahawa telinga turut berperanan dalam keseimbangan dan kedudukan tubuh?"
  • * "... bahawa kesemua antena, meter pH dan diod pemancar cahaya adalah contoh pemindah?"
  • * "... bahawa dalam bola sepak, penjaga gol wajib berada di padang sepanjang masa suatu perlawanan berlangsung?"
  • * "... bahawa cerita dongeng Si Tanggang dan Malin Kundang sebenarnya adalah cerita yang sama?"
  • * "... bahawa enjin empat lejang diesel tidak mempunyai palam pencucuh?"
  • * "... bahawa sistem Dizhi dibina dari pemerhatian orbit planet Musytari?"
  • * "... bahawa sesiapa sahaja yang belum berkahwin layak menerima angpau tanpa mengira usia?"
  • * "... bahawa gelanggang permainan galah panjang berbeza mengikut bilangan pemain?"
  • * "... bahawa magnitud ketara bagi jasad samawi merupakan pengukuran kecerahannya seperti yang dilihat dari pencerap di atas Bumi?"
  • * "... bahawa Bison Amerika pernah diburu manusia sehingga hampir pupus kerana inginkan lidahnya?"

Pengalaman guru dalam kehidupan

Salam semua.Hari semalam sudah dalam kenangan,hari ini yang akan kita lalui moga2 dengan kejayaan yang baru kita dapat hasilkan..dengan penemuan yang baru,supaya ia menjadi kenyataan yang benar2 nyata dan bukannya khayalan semata-mata seperti hari semalam yang sia-sia..pernahkah kita terfikir dan sebenarnya kita banyak berfikir daripada mengambil tindakan dari apa yang kita fikirkan...betul tak???

kadang2 kita mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan dan kadang-kadang keputusan yang kita buat itu tidak tepat..dgn kata lain kita gagal membuat keputusan yang betul.walaubagaimanapun kita telah berusaha dan cuba untuk membuat keputusan yang terbaik dalam hidup ini..jadi pengalaman hidup dan liku-liku yang kita lalui sedikit sebanyak mempengaruhi penilaian kita dalam membuat keputusan..

Betullah kata-kata orang yang terdahulu,mereka yang makan garam dulu dari kita,dengan pengalaman yang mereka ada banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenar..bagi menjadikan generasi selepasnya lebih baik dari generasi mereka.Kadang2 ego diri kita yang menolak pendapat mereka serta merta tanpa memikirkan kebaikannya menyebabkan hati2 mereka terguris..contoh yang paling dekat boleh kita lihat bekas perdana menteri kita..DR.mahathir dengan pm kita sekarang(pak lah),boleh dikatakan "bagai kacang lupakan kulit".

Sepatutnya kita sbg yang muda lebih menghormati yang tua dan yang tua menyangi yang muda..kurangkan ego diri dan cuba berusaha untuk menerima pandapat orang lain dengan hati yang terbuka..'bukan semua pengalaman yang kita ada itu turut dimiliki org lain,begitu juga sebaliknya,jadi kita gabungkanya menjadikan satu garis panduan hidup yang betul-betul memberi makna pada kita".

p/s: artikel ini tiada kena mengena dgn politik

Tuesday, November 25, 2008

Kecelaruan teori chaos

Dalam sebuah masyarakat, situasi ‘chaos’ dicirikan oleh adanya hentakan (turbulensi).


DALAM situasi chaos, masyarakat selalu dihantui oleh berbagai ancaman seperti pengganas, kekerasan, kejahatan, perpecahan dan rusuhan. – Gambar hiasan


'CHAOS' adalah suatu istilah yang sering kita dengar tetapi jarang difahami secara tuntas, lebih-lebih lagi chaos telah ditemukan sebagai satu teori ilmu.

Kata itu sering dirujuk di saat kita membicarakan ramalan mahupun fakta-fakta sosial yang memang sulit untuk dikendalikan. Ada nada kecemasan tatkala menyebut istilah 'chaos', yang secara harfiahnya bermakna kekacauan.

'Chaos' sebagaimana dijelaskan oleh James Gleick dalam Chaos: Making a New Science, adalah sesuatu yang ada di mana-mana. Akan tetapi sukar untuk menjelaskannya, satu situasi kekacauan yang tidak teratur (benda, ekonomi, sosial, politik, sains, dan sebagainya) yang tidak dapat diramalkan pola arah tujunya.

'Chaos' sudah memasuki berbagai wilayah kehidupan. Ada 'chaos' politik, ekonomi, sosial seperti yang berlaku di dunia global kini. Bahkan ada juga 'chaos' pengurusan yang dipopularkan oleh mahaguru pengurusan, Tom Peters.

Dalam sebuah masyarakat, situasi 'chaos' dicirikan oleh adanya hentakan (turbulensi), sebuah situasi yang ditandai oleh ketidakstabilan serta keacakan (randomness) pergerakan sosial dalam setiap skalanya.

Turbulence, menurut Gleick, menarik benda-benda yang dipengaruhinya dan kemudian melepaskannya secara deras. Di dalam masyarakat ada 'kuasa-kuasa' tertentu yang menarik dan melaga-lagakan masyarakat ke sana ke mari yang dalam teori 'chaos' disebut strange attractor - sebuah kuasa aneh yang menarik setiap komponen (benda, masyarakat, bangsa) ke arah tidak menentu.

Berbagai kekuatan kuasa ini menarik masyarakat secara tersentak dari segala penjuru dan ke segala penjuru, yang menciptakan situasi kegelisahan, ketidakpastian bahkan ketakutan.

Dalam situasi 'chaos', masyarakat selalu dihantui oleh berbagai ancaman (pengganas, kekerasan, kejahatan, perpecahan, rusuhan), akan tetapi tidak punya harapan untuk mendapatkan perlindungan, keamanan sosial dan keadilan kerana tidak dapat lagi dipercayai. Ketidakpercayaan pada pemerintah yang dianggap tidak mampu mengendalikan negara, ketidakpercayaan kepada undang-undang yang dianggap tidak mampu memberi keadilan.


TERDAPAT banyak pilihan buku mengenai chaos di pasaran.


Hentakkan atau turbulensi menurut Michel Serres pula dalam Genesis, adalah 'sebuah keadaan antara', sebuah medan antara keadaan kacau dengan keadaan teratur.

Ada gerakan-gerakan udara yang tidak teratur di dalam sebuah badai; ada perpusaran udara yang tidak dapat diramalkan dalam sebuah 'turbin'; ada perkembangan sosial yang tidak dapat diperkirakan dalam sebuah masyarakat; ada pergerakan arus modal yang tidak dapat diperhitungkan di dalam sebuah iklim ekonomi; ada pergerakan massa yang tidak diketahui arahnya di dalam sebuah iklim politik - semuanya ini adalah turbulensi.

Dalam masyarakat ada sesuatu yang dapat diramalkan, akan tetapi ada situasi-situasi yang menjadikan ramalan tersebut menjadi mustahil. Turbulence adalah campur aduk antara daerah-daerah yang dapat diramalkan dan daerah-daerah chaotic, campur aduk antara konsep kesatuan dan perpecahan.

Ada persatuan, akan tetapi di sebalik persatuan itu ada juga potensi perpecahan di mana-mana. Kita menemukan ketenangan dan keteraturan dalam masyarakat, akan tetapi secara tiba-tiba kita menemukan pula kekacauan dan 'chaos'.

Turbulensi sosial adalah turun-naik dalam masyarakat menerusi berbagai dimensinya. Sebagai satu teori ilmu, 'chaos' adalah sebuah bidang baru yang menarik dalam penyelidikan ilmu pengetahuan. Fenomena-fenomena 'chaos' adalah sebuah penemuan mengejutkan sekali gus kontroversi sehingga sebahagian besar ilmuwan terkemuka pada dekad yang lalu dan sebelumnya akan menolak dan menganggapnya sebagai fantasi.

Ziauddin Sardar dan Iwona Abrams dalam buku Chaos for Beginners, satu buku yang wajib dibaca oleh sesiapa yang ingin memahami fenomena 'chaos' yang berlaku, mengatakan chaos sangat menarik dikaji kerana alasan-alasan berikut: Pertamanya, Ia menghubungkan pengalaman sehari-hari kita dengan hukum-hukum alam dengan cara mengungkapkan kaitan samar antara kesederhanaan dan kompleksiti.

Keduanya, ia menampilkan sebuah semesta yang pada suatu saat 'deterministik' dan mematuhi hukum-hukum dasar fizik, namun berpotensi untuk menjadi tidak teratur, kompleks, dan tidak teramal.

Ketiga, ia menunjukkan bahawa ramalan adalah sebuah fenomena yang jarang yang hanya dapat diterapkan dalam batas-batas yang telah disaring oleh ilmu pengetahuan dari keseragaman dunia kita yang kompleks. Keempat, ia membuka kemungkinan untuk kesederhanaan fenomena yang kompleks.

Kelima, Ia menggabungkan matematik imaginatif dengan kemampuan proses komputer moden yang sangat canggih. Keenam, Ia menghadirkan keraguan terhadap prosedur-prosedur ilmiah tradisional dalam menyusun model dan terakhir, Ia menunjukkan bahawa ada batas-batas yang melekat pada pemahaman dan ramalan kita tentang masa depan pada semua tingkat kompleksiti.


Monday, November 24, 2008

Rahsia titik keghairahan

Kepuasan menjalinkan hubungan seksual menjadikannya indah dan selesa jika pasangan menghayatinya. Terokai rahsia mencapai kemuncak seks yang sebenar.


EKSPLORASI daya imaginasi agar titik keghairahan dapat dinikmati bersama. - Gambar hiasan


SEBUT saja perkara mengenai hubungan seksual, tentu saja ia dikaitkan dengan pasangan suami isteri dalam menikmati keasyikan malam bersama.

Namun, apabila menyentuh mengenai rahsia titik keghairahan pasangan, hanya segelintir daripadanya sahaja yang mendapatkan kepuasan daripada aktiviti di ranjang itu.

Memetik kata-kata menerusi buku The 4 Secrets of Amazing Sex, hasil penulisan dua pakar terapi seksual, Georgia Foster dan Beverly Anne Foster, bercinta bukan sahaja melibatkan anggota fizikal seseorang malah pemikiran yang kreatif.

"Untuk mendapatkan kenikmatan seks yang dahsyat, fikiran anda juga seharusnya perlu bekerja keras. "Justeru, untuk membangkitkan suasana penuh romantis dan syahdu itu, ia seharusnya dinikmati oleh kedua-dua belah pihak.

Oleh itu, ikuti titik rahsia dalam merencanakan kehidupan bercinta kamu dan si dia.

Rayuan cinta

Lupakan dahulu ritual bercinta yang kebiasaannya akan menimbulkan kebosanan. Kini, sudah tiba masanya kamu mengeksplorasikan daya imaginasi.

"Ramai pasangan mengganggap godaan atau rayuan sebelum melayari keasyikan bersama amat penting untuk membuatkan mereka berasa seksi, padahal itu bukanlah satu kemestian," kata Foster.

Oleh itu, bangkitkan rasa ghairah dalam fikiran kamu, jangan menyerahkan sebulat-bulat urusan itu kepada pasangan. Apabila pemikiran kita sudah jauh berimaginasi, sudah tentunya titik ghairah menjadi semakin memuncak.

Sensasi seksual

Selongkar titik keghairahan seks pasangan dengan kuasa psikik atau deria keenam. Ia merujuk kepada keupayaan untuk berhubung dengan sesuatu melebihi apa yang boleh ditafsirkan oleh deria fizikal.

Serap tenaga dalaman kamu dan pasangan menerusi sentuhan, kedengaran, rasa dan ciuman untuk mencapai sensasi seksual itu.

Sekiranya tidak dilatih dari awal, lama-kelamaan deria itu akan menjadi tumpul. Apatah lagi apabila berhadapan dengan bebanan kerja yang banyak.

Sekiranya tidak mengaplikasikan deria ini, acara bercinta akan menjadi hambar. Justeru, kamu seharusnya berlatih merencanakan deria keenam agar ia menjadi semakin sensitif saat menempuh gelombang keghairahan.

Apabila berjaya mencapai sensasinya, kamu akan merasakannya dari hujung kepala hingga hujung kaki, sekali gus meningkatkan kenikmatan seksual.

Pasrah

Usah melemparkan perasaan pasrah dan menyerahkan diri kepada pasangan saat berhubungan intim. Ini kerana, ia akan melenturkan kemuncak seks bersama. Oleh itu, setelah selesai memberi isyarat ghairah kepada pasangan, kini fikiran kamu pula sudah bersedia untuk disegarkan.

Gambaran semalam

Setelah puas menikmati keasyikan malam di ranjang, berkat ketiga-tiga langkah di atas, kini tibalah masanya kamu berdua melakukan refleksi atau gambaran semalam.

Mengimbas pengalaman yang dititipkan bersama, membuatkan kamu tidak sabar menanti malam seterusnya.


Powered by Blogger.
Back To Top