Hadiah yang rare | Jiwakacak

Wednesday, December 22, 2010

Hadiah yang rare

Tadi aku berjaya memaksa diri aku pergi ke kelas . Walaupun tak mandi pagi , aku tetap gosok gigi dan pakai minyak wangi tommy hilfiger . Kadang2 aku rasa lebih kacak dan cool bila tak mandi pagi , kerana memperlihatkan diri aku lebih neutral . 

Sampai kelas dalam pukul 9 setengah pagi . Aku nengok keliling kelas masih lagi kosong . Aku ambil kerusi yang berdekatan , park kat luar tunggu doktor masuk .

Setelah beberapa ketika , kelas bermula dengan baik  , walaupun kehadiran agak memberangsangkan , iaitu 10 orang pelajar  , doktor tabah mengajar sambil pakai spek mata hitam berjenama fila .

Habis kelas pertama terus sambung kelas kedua . Aku dah cuak pasal tak pernah masuk seumur hidup aku . Teruk aku kena dengan doktor hari ini . Aku kebalkan iman dan telinga . Dengar saja nasihat berguna dari dia ...

Selasai kelas doktor suruh pergi pejabat dia . Kita orang bakal menerima hadiah pasal datang kelas hari ini . Seramai lapan orang pelajar cemerlang telah menerima kitab siap tanda tangan dari penulisnya . Tepat pukul 12 aku cow balik .

Sambil kembang hidung dan urat2 lengan , aku melangkah pergi . Terasa kehadiran aku  dihargai  , walaupun hanya sekali .

Syukran ya doktor .
Powered by Blogger.
Back To Top