Jiwakacak: rare
Showing posts with label rare. Show all posts
Showing posts with label rare. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

Trip to port saed minggu lepas

Cam biasa geng , aku kalau bosan2 cau pi port saed cari barang bundle . Tapi kali ni aku pegi takde la nak mencari sangat , jalan2 makan angin ngan makan seafood je , sambil2 menembak gambar2 yang cun . Barang kali ni takde la banyak sangat tapi boleh la buat geli2 , evisu ada, levis ada , aku dapat big star kepala kain , dan2 pulak besar ngan aku , so aku ingat nak tolak pada siapa yang nak .

Pagi sampai kol 10 kita orang gerak pi amik gambar hitam putih ngan otai port saed  , pastu cau pi usya filem wat taruk dalam kamera , dan2 jumpa lens olympus , tapi bapak mahal arab tolak , 4 rat  . Aku abaikan ja , dapat kodak cau shoot bangunan ala2 kat melaka sepam dua . Ade sebijik rumah tu cam cun je nak shoot skali suh member aku posing rupanya pintu rumah orang , malu wa beb .. lari la apa lagi .

Kol 12 start nyelam cari seluar ngan baju , sambil2 tu skodeng awek arab pilih baju , nak shoot gambar dia orang tak kasi , tapi aku tau perempuan ni cam mana , luar memang cakap tak nak , dalam hati " mintak2 la dia ambik gambar aku " . Belah petang wa kasi hentam seafood , lapar gila makan pelahap dowh . Member aku sampai kena cakor ngan kucing pasal ignore je dia orang kat bawah..hahaha , padan muke .

Belah malam pas ngarib pegi cari kamera , usya sepam dua , ingat baru nak angkut pentax , sekali bapak mahal dia tolak , tokey kedai tu punya gelabah , malam tu dia ade kenduri anak dia, sempat lagi datang kedai layan kita orang nk beli kamera , sampai anak dia pun dah naik bengang pasal lambat , duit punya hal , apa pun dia sanggup la.. anak no 2..hehe

Abih sume tu cau balik  , tunggu tramko takde plak , kol satu pagi baru gerak.. letih tapi puas hati la..duit rabak .
  

Sunday, April 11, 2010

Bersama otai kamera antik yang rare


2 mingu lepas aku , p , amin retro trip to port saed cari barang bundle . Sampai2 situ dan2 jumpa pakcik tua ngah amik gambar awek arab , yang stylenya pakcik ni , kamera vintage gile , tangkap siap terus gambar , kaler hitam putih , tak de edit2 punya . Apa lagi , kita orang kasi pukui la sekeping sorang . Gambar hitam putih tu nanti aku kasi up , tak scan lagi .. menurut amu ni kamera ini diwarisi oleh bapak dia , kira kamera hasil turun temurun . Aku punya teruja sampai 15 keping aku kasi shoot gambar denga dia guna olympus trip kesanyangan aku , tapi tak cuci lagi pasal duit kering gila bulan ni .. 2 roll lagi filem tak cuci . Mana tak nya bulan ni saja aku 4 kali turun port saed pergi menyelam cari barang bundle , hasilnya boleh la geli2 . Banyak lagi aku nak story , tapi nanti takde modal dah nak type , jadi stakat ni je la yer..nantikan yang lain2 pulak ..adioss!


yang ni skuad kaki nyelam..yang baju oren tu firdaus @ p , dan yang baju hijau ala2 orang lama tu amin bro . Korang la sahabat aku dunia akhirat !

   
 yang ni versi nak kena maki..:(

Kamera : kiev
Filem : fuji color100
Lokasi : Port saed , egypt .

Wednesday, June 3, 2009

Al - kisah mencari barang rare





















Salam. Aku nak tulis apa pun malam ini tak tau , sebenarnya sahaja aku nak menceritakan betapa penatnya aku dalam dua tiga hari yang lepas. Sakit sengal - sengal badan ini masih kuat terasa dek kesan membawa beg yang berat penuh berisi barang - barang bundle. Jenuh juga nak mencari barang tempahan dari member aku di melaysia. Selera juga budak - budak ini mengoder dengan aku , tapi dah bank in duit terpaksa la aku laksanakan juga , bagi mengisi masa lapang selepas taman exam tempoh hari. Kata hobi mencari barang - barang rare..hehe.

Banyak benda yang berlaku time menyelam hari tu , nak melayan kerenah arab ini bukan semudah melayan orang kita , macam - macam pael ! kena maki dan dihina tu dah biasa , kalau yang lagi best tu sampai kena halau dari kedai dia orang , tebal muka beb , tapi alah bisa tegal biasa , nak dapat harga murah kena lah tempuhi semua ini . Kadang - kadang aku frust juga dengan dia orang ini , ada ke kata aku tak mampu nak beli barang - barang dalam kedai dia orang , macam lah "show" sangat koleksi yang dia ada , yang tak tahannya dah la cakap depan orang ramai ..huh , nasib lah aku ini penyabar orang nya , maki dalam hati je la..

Kalau korang nak tau arab mesir ini style macam memaksa orang beli barang dia , itu kadang - kadang nak tergelak juga nengok member - member yang kena situasi macam ini , terpaksa beli walaupun tak berkenan.. kesiankan. Tapi aku ada cara sendiri , macam - macam alasan aku bagi , ayat mesti mau power.. jangan sampai kena cium dengan arab sudah..yang ini pun pernah berlaku pada aku , layan je la..hehe......."No - No" , mampus nak layan , cepat - cepat la blah dari kedai tu , malas aku layan orang sangap ! jatuh standart aku beb.

Tetapi semua tu small metter je , yang paling puas time kita dapat harga yang kita nak , dah puas bertaki , air liur dia pun dah berjujut kat muka ini , baru lah nak kasi , bagi aku , tak kisah la dapat kurang seringgit pun , janji dapat , sebab memang susah nak beat harga ngan dia orang ini . Itu satu hal , kalau dah beat , tak dapat harga kita nak , dia maki pulak kita tak beli barang dia , pasal buang masa je layan kita..sengal la , nama pun client , kenalah layan..frust - frust !

Banyak lagi al-kisahnya , sikit - sikit je la aku cerita untuk kongsi dengan korang , buat pengubat hati yang panas membara dengan mamat - mamat arab yang kerek nak mampus tu .. Falsafah aku satu je time membundle ini , "Biar rugi beli , jangan rugi tak beli " . Lu fikirlah sendiri. Salam.



Tuesday, March 24, 2009

Mari kenali ray ban

Hari ini mari kita berkenalan dengan spek klasik , ray ban...original dari usa..lens dari bausch and lomb...company pertama yang dapat tender untuk bekalkan sunglasses kepada pilot kapal terbang masa perang dunia kedua...lens yang best sehingga melampaui expectation general-general askar us...lepas tu spek ray ban menjadi 'standard issue' kepada semua pilot...tak kira la helikopter ataupun kapal terbang...'standard issue' tu maknanya alatan yang wajib dibekalkan kepada seseorang askar contohnya senapang....spek yang paling menaikkan nama ray ban diglamourkan oleh General Mcarthur...seorang general askar yang sentiasa pakai ray ban time perang...tak diketahui general ni general bahagian darat, udara ataupun laut....lepas perang ray ban makin femes pasal jadi ikon sukan olimpik,artis pon pakai ray ban,pastu style pon dah makin banyak...spek ulang tahun ke 50 yang paling femes iaitu Ray Ban 50-The General 1937-1987...lens paling digemari Ray Ban ODM Diamond Hard...polycarbonate lens pada Ray Ban Wings...frame paling digemari sejak 1970 Ray Ban Wayfarer...olimpik musim sejuk Ray Ban Cats 5000....lens untuk memburu dalam hutan Ambermatic....

secara ringkas camnila sebagai contoh....

frame-outdoorsman,wayfarer,large metal,wings,cats etc
lens-changeable,diamond hard,50,ambermatic,chromax,photochromatic,B15,G15 etc
tip-paddle (macam biasa),spring(cangkuk),sport (straight)
kaler frame-arista (gold), flat black (chromax sahaja), hitam,chrome,leather,plastic
bridge-bahasa biasanya gading/tanduk

beza ray ban usa ngan italy....

lens dari usa cop b&l...lens dari italy cop rb..kalo kat kedai yang polaroid tu memang sah italy la...tapi dari segi teknologi memang lens polaroid la best...

nose pad pon ada cop samada b&l atau rb...

sama gak ngan kat frame..ada cop style from italy...atau usa

kain lap cermin plak memang korang sume dah tau la...

kotak pon banyak sangat beza yang korang pon dah mahir...

warranty card skang kalo dari bausch n lomb tu memang dah tak bleh pakai...buat hiasan bolehlla...kalo ray ban italy waranty dijamin oleh luxxotica...yang ni boleh claim lagik...


Friday, March 20, 2009

Koleksi barang rare dan vintage aku

Salam. Memalam buta ini aku nak tayang serba sedikit koleksi barang - barang rare dan vintage yang aku ada . Sebenarnya minat mengumpul dan mencari benda - benda macam ini dah jadi hobi aku , asalnya cari sekadar untuk pakai pastu jual , tapi sekarang dah jadi hobi pasal kalau ada duit ke tak ada mesti pi cari barang - barang ni . Jadi satu kepuasan bila aku dapat barang yang pelik pelik dari orang ni kan , al maklumlah kita jer yang ada kan..yang tiada tu nengok je lah aku pakai sambil kembang - kembang hidung..hehe.

Pertama sekali aku nak cerita pasal koleksi rayban yang aku ada . Sebelum ini aku ngan mmber - member aku selalu dok usya kat shoping komplex rayban ni , nak beli tak ada duit , mana tak nya kalau dah satu spek tu harganya mencecah Le1000. Tapi hasrat dihati tetap bercita - cita nak pakai juga . Sekali tu rezeki murah aku jumpa port beli rayban murah , apa lagi kasi angkat la satu , sekarang ni tinggal 3 lagi yang pada aku , 2 lagi aku dah jual kepada client yang berminat . Yang paling aku sayang skali yang tengah - tengah tu pasal glases dia fluterbrown , dua colour , time panas baru tukar jadi hitam . Yang tu kompom tak jual..:D

Dalam peti ajaib aku ini juga seutas dua jam antik automatic buat tukar - tukar pakai . Ade seiko ngan paketa , dua - dua ni aku nak jual juga kalau kena dengan harga yang aku buka . Nak tau harga usya blog aku yang ni. Condition suma ok . Lagi satu aku nak promote kepada sesiapa yang berminat nak jual jam antik atau nak kumpul buat koleksi , boleh oder dengan aku , special price aku kasi kat korang. cau !



Powered by Blogger.
Back To Top