Jiwakacak: tazkirah
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Tuesday, May 26, 2009

Di sebalik gosip ustaz akhil hayy dengan waheda

gambar akhil hayy ,isteri,dan waheda


Isu ustaz akhil hayy yang di gosipkan dengan waheda dah meletus bagai gunung berapi sekarang . Apa yang aku nak tulis pasal dia nih adalah kesannya kepada golongan pendakwah yang lain , ianya tetap memberikan impak yang tidak baik walaupun sedikit, inilah yang dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.Aku yakin selepas kes ini, orang lain , masyarakat umum khususnya akan memandang serong terhadap orang agama . Aku sebagai orang yang belajar dalam bidang agama mengakui ada perasaan terkilan dengan apa yang berlaku , dan mengharapkan cerita ini tidak benar pada asalnya , tetapi setelah didedahkan akhbar yang menyatakan keizinan isteri ustaz akhil hayy membenarkan suaminya berkahwin lagi, itu sudah cukup menampakkan kekeruhannya.

Inilah yang dinamakan ujian dalam berdakwah , hanya allah yang tahu tujuannya . Bagi kita yang berakal , berkifirlah secara positiv dan jangan kita hanya tahu menghentam kesalahan orang lain. Selagi mana kita dinamakan manusia , tidak lari daripada melakukan kesalahan , dan sebab itu allah sentiasa membuka pintu taubat seluas - luasnya kepada hambanya yang mahu bertaubat . Walau bagaimana pun harus kita ingat setiap hamba yang diuji oleh allah itu adalah untuk mengahapuskan dosa - dosa lalu dan menaikkan martabat hambanya disisinya .

Bagi aku , hanya mendoakan ustaz akhil hayy tabah menghadapi ujian ini , memandangkan bidang kerja ustaz yang mencabar sebagai pendakwah dan selebriti , aku mengaharapkan ustaz akhil hayy lebih berhati hati . Bersihkan semula nama baik ustaz, dan teruskan lah berdakwah . Walaupun keadaan sedang gamat , bersabarlah dengan apa yang berlaku.

"Hidup tak selalunya indah , langit tak selalu cerah , siang malam tak berbintang , itulah lukisan alam "

"Ijazah terbaik datangnya jalanan , dari pengalaman bercakap dan bersalaman "

"Jangan kita mengharap kesempurnaan dari seseorang , kelak jika dia membuat kesilapan , langsung kita membencinya "

Renung - renungkan lah , dan selamat beramal !


Wednesday, April 22, 2009

kempen katakan tidak pada kegagalan

kempen katakan tidak pada kegagalan,kemalalasan,dan kelemahan pada keyakinan diri sindiri .Yakin dahulu pasti boleh.

Mengapa kita selalu dibayangi dengan kegagalan yang menakutkan ?padahal ia tidak lah seteruk mana , cuma kita yang kurang keyakinan pada diri sendiri .Ayuh bangunlah jangan takut pada bayang - bayang sendiri . Kenapa dahulu kita boleh buat (study last - last minute), tapi sekarang tidak ? Apa bezanya kita yang dahulu dengan sekarang ? Adakah otak kita dah makin tumpul dari dulu ? tepuk dada tanya iman..

Jangan kita fikir terlalu sukar yang menyebabkan hidup kita menjadi lebih sukar.Dalam keadaan yang genting ini cuba kita fokuskan satu - satu madah(subjek) , jangan terburu - buru dan berikan sepenuh perhatian , pasti kita boleh dan bertambah yakin menghadapi peperiksaan .

Kecilkan skop mukarra yang perlu dibaca,dan beri tumpuan sepenuhnya ,itu lebih baik dari menghafal secara mebabi buta.Baca sedikit , dapat sedikit , lebih baik dari baca banyak - banyak terus , satu pon tak masuk.

Moga peperiksaaan kali ini dapat diharungi dengan tenang dan bersemangat hati waja.Katakan tak nak lagi pada kegagalan..dan katakan pada diri sendiri yang setiap tahun itu adalah tahun istisnak (last change) bagi kita , insya allah kita akan cuba sedaya upaya untuk tidak akan gagal.

Buat akhirnya salam perjuangan untuk sahabat dan sahabiat ,dan selamat study. Insyaallah tahun ini semua najah. Amin ya rab.

P/s: Kalau sahabat sekalian ada tip2 study last minute , boleh kongsikan bersama..nak tahu juga..boleh praktikkan skali time - time kecemasan ni.


Baca lagi seterusn

Thursday, December 11, 2008

Pesanan Pengebom Bali

Mari kita sama2 baca dan hayati apa yang di pesan oleh shahid ini..moga2 ia memberi manfaat yang betul2 berguna pada kita yang masih hidup
untuk kisah selanjutnya,baca disini


Kelebihan membaca alfatihah

1. datang kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiimi." ( Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. ) Sabda Rasulullah s.a.w.: "Itulah isim dari asma Allah. Tidak lain antara ia dengan nama Allah, 'Akbar' seperti putih mata dengan hitamnya.Begitulah dekatnya." Demikianlah jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah. Sabda Baginda s.a.w. lagi: "Ismullahil- A'zham ialah Allah. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahir rahmaanir rahiimi sebelum menyebut nama-nama Allah yang lain." ( Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )

2. Bersabda Nabi s.a.w.: "Ketika turunnya Bismillaahir rahmaanir rahiimi, bergembiralah ahli langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasy kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000 Malaikat. Dan, bertambahlah iman para Malaikat. Dan, tunduklah segala jin dan bergetar segala planet. Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya." Dari Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.anhuma: "Ketika turun Bismillaahir rahmaanir rahiimi, mengucap tasbihlah gunung-ganang hingga dapat mendengar para penduduk Mekah dan sekitarnya. Lalu mereka berkata:"Rupanya Muhammad yang menyihir gunung-gunung itu." Kemudian Allah bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk Mekah."

3. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja ia tidak dapat mendengarnya. "

4. Rasulullah s.a.w. bersabda: " Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan Laa haula walaquwwata illaa billaahil aliyyil adzhiim, Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran, dukacita dan kesakitan." Dari al-Waqii dan Ats-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud r.a.: "Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah yang sembilanbelas, maka hendaklah dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Kerana Allah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai." Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas'ud r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi, dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000 darjat."

5. Bersabda Nabi s.a.w.: "Jin itu suka memakai barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka. Oleh itu,barangsiapa mengambil atau menaruh pakaian, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi. Kerana sesungguhnya nama Allah yang dibacakan di situ merupakan cop mohor Allah." Pengertian dari hadith di atas ialah hendaklah kita mengucapkan Bismillaahir rahmaanirrahiimi setiap kali kita menyimpan atau mengambil barang-barang kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan Syaitan. Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga mendapat keberkatan dan keselamatan samada atas harta-benda mahupun diri dan segala usaha kita. Dari Anas bin Malik bersabda Nabi s.a.w.: "Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis erti Bismillaahir rahmaanirrahiimi selama sejuta tahun, mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya."

6. Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Ada suatu kaum yang datang pada Hari Qiamat nanti dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain: "Alangkah beratnya timbangan amal kebajikan mereka." Sesungguhnya, adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa memulai segakla perbicaraan mereka dengan Bismillahir rahmaanir rahiim. Kerana ia adalah Isim Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan,nescaya beratlah lagi kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi."

7. Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiimi kerana Malaikat penjagamu tidak kan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai. Dan, apabila engkau ingin bersatu dengan isterimu, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi kerana sesungguhnya Malaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu hingga selesai engkau mandi janabah. Jika dari persetubuhan itu lahir seorang anak, akan dituliskan bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan bilangan anak-cucunya hingga tidak dikecualikan walau seorang."

8. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya, lalu dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan "Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan untuk kami", maka jika sesungguhnya Allah takdirkan dari persetubuhan itu lahir seorang anak, tidak akan dapat Syaitan memudaratkannya untuk selama-lamanya. "

9. Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta'ala itu mempunyai 3000 nama yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama disebutkan di dalam al-Qur'anulkariim manakala 1 berada di sisi Allah. Dan, adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Maka, barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah. Adapun sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi itu ada sembilanbelas huruf dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada sembilanbelas. Maka, barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya terhindarlaj dia daripada siksaan Malaikat Zabbaniah.

10.Dan, barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi banyak-banyak dengan harapan mendapat rezeki, nescaya akan diberikan Allah rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta, diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi ( yakni Malaikat ) dan alam yang rendah ( yakni manusia dan lain-lain makhluk Allah di mukabumi ).

Powered by Blogger.
Back To Top