Latest News

Tutorial menggunakan SEO Doc tool

Posted by @Posting ini telah ditulis sendiri or edit oleh loque a.k.a jiwakacak on Thursday, July 2, 2009 , under , , , |



SEO Doc tool. Hari ini aku nak sembang pasal perkakas ni. Tujuan menggunakan SEO Doc tool ini adalah untuk menguji kemesraan site anda dengan searh engine. Dengan menggunakan SEO Doc tool juga anda dapat mengetahui site anda mesra dengan sesuatu keyword ataupun tidak . Penting ke benda ni ? Bagi aku penting juga untuk mendapatkan rangking yang baik pada enjin carian.

Setelah membuat ujikaji keatas blog aku sendiri , dan beberapa blog yang mendapat ranking yang tinggi menggunakan SEO Doc tool ni , aku pun dah faham serba sedikit pasal seo ni , SEO Doc tool banyak membantu aku . Lihat contoh hasil keatas sebuah blog bundle aku (klik gambar untuk besarkan) setelah menggunakan SEO Doc tool , sangat memberangsangkan ..kalau anda masih meraguinya try le searh google dangan keyword yang sama iaitu "barang rare vintage".
























So apa tunggu lagi , uji site anda sekarang dengan SEO Doc tool dan lihat hasilnya , memuaskan atau tidak , caranya masukkan link blog anda dan taip keyword berkenaan blog anda . Contoh aku taip " barang rare " , dan lihat hasilnya sama ada keyword tu mesra atau tidak dengan blog anda .

Kalau keputusannya kurang membrangsangkan di SEO Doc tool, request kat aku cam mana cara nak improve supaya lebih baik , kalau ramai yang nak tutorial cara nak improve , nanti aku buatkan , kalau tak ada , maknanya site korang memang mesra seo la .

Aku ringkaskan caranya :

1. Pergi http://www.instantposition.com/seotest.php (SEO Doc tool.)

2. Masukkan link blog anda dan keyword tertentu berkenaan blog anda.

3. Done ! lihat hasilnya .

Selamat mencuba.

Bagaimana membuat duit mudah dengan twitter

Posted by @Posting ini telah ditulis sendiri or edit oleh loque a.k.a jiwakacak on Saturday, June 27, 2009 , under , , , |






Salam pembuka bicara. Dah lama rasanya tak update blog ni , malas yang teramat sangat . Dalam minggu ini aku banyak baca forum je , nak cari benda baru skit , dah lame tak menggodam forum pebret aku . Sambil - sambil tu aku nak kongsi la juga forum - forum yang selalu aku jelajahi buat mengisi masa lapang , antaranya jombincang , devoteesofcharade , im . Kira yang ni top 3 la . Banyak lagi yang aku usya , tapi tak sekerap yang 3 ni . Korang nak join pon boleh , banyak info boleh dapat dari sini , cari aweks pon boleh :D

Sebenarnya aku nak kongsikan ilmu yang aku dapat selepas melepak di jombincang . Tak tahu la korang dah tahu ke tidak , tapi yang penting aku nak kongsi juga, berpegang kepada falsafah aku sekiranya mahu mendapatkan semangat untuk menulis posting , "bukan semua yang kita tahu orang lain tahu , begitu juga sebaliknya " .

So the topic is " bagaimana membuat duit mudah dengan twitter ? "

Ok.. cara ni paling mudah nak dpt $10 dlm sehari..
so.. kepada sesiapa yang belum kenal Twitter tu.. berkenalanlah dgn twitter segera kerana kita akan buat duit dgn twitter..Fokuss

seperti biasa.. anda juga perlu ada akaun paypal .. mudah dan simple je

1. Buat 1 - 3 akaun kat Twitter

2. Join twtAd.com - advertising company yg advertise kat Twitter.

3. Dah join twtAd , sekarang masa untuk post ads kat dalam profile akaun Twitter korang tadi.. Mudah je benda nih.. kat dlm dashborad twtAd , dia tunjukkan segala nya.. setiap ads yg korang post , akan dpt $0.03-$0.20 ..so lagi byk click , lagi byk la duit korang ..

4. Mass follow org lain dalam twitter. Pastikan korang mempunyai follower yg ramai dlm setiap akaun twiiter yang dibuat pada perkara 1 tadi. lagi byk follower lagi byk click..
so nak mudah dpt follower, korang guna je FlashTweet | A Twitter App For Followaholics

5. mudah kan... yg paling penting !! cari seramai mungkin FOLLOWER ok..

Aku ringkaskan step2 utk korang...senang je..

1. register 3 akaun twitter.

2. register twtad.com

3. bagi yg baru mesti takde follower kat twitter kan.. so yg paling mudah gunakan flashtweet.com dan buat mass follow.

4. dartarkan acc twitter yg anda buat pada perkara 1 tadi kedalam twtad.com . Bila anda sudah ada lebih daripada 25 follower, anda dah boleh post ads daripda twtad kedlm twitter anda. Anda akan dibayar berdasarkan jumlah click yg dibuat oleh follower anda. So , lagi byk follower, peratus utk iklan diclick adalah amat tinggi.

5. ulangi langkah 3 sehingga anda dpt bejuta-juta follower.

Kredit to jombincang untuk tutorial.

kesempatan adalah peluang terbaik ?

Posted by @Posting ini telah ditulis sendiri or edit oleh loque a.k.a jiwakacak on Thursday, June 4, 2009 , under , |



Mengapa manusia suka mengambil kesempatan ? Adakah di situ adanya kelebihan berbanding kelemahan ? Ataupun sikap mengambil kesempatan ini naluri setiap insan? selalunya orang yang suka mengambil kesempatan ini diketegorikan orang pandai atau bodoh ? Adakah anda sendiri suka mengambil kesempatan atas kelemahan diri orang lain ?


Semua ini selalu juga bermain dalam fikiran aku . Dalam menjalani kehidupan seharian , kadang - kadang aku rasa "mengambil kesempatan" ini penting juga , tetapi biarlah kena pada tempatnya. Dari sudut positivnya , "mengambil kesempatan" ini menghasilkan kebaikan kepada kita jika kita tahu menilainya sebelum kita melakukan tindakan . Ini bermaksud sekiranya sesuatu perkara yang menjadi kelemahan kepada orang lain dijadikan kesempatan yang terbaik untuk menonjolkan kekuatan kita. Sebagai contoh dalam hal berkenaan perniagaan , seorang "runner " mengambil upah dari clientnya , asalnya perkara itu harus diselesaikan oleh tuan empunya diri , tetapi disebabkan kemalasan untuk menguruskannya , kesempatan ini digunakan oleh "runner" tersebut untuk mengambil upah dari clientnya .

Begitu juga sebaliknya , jika mengambil kesempatan dari sudut yang negativ , maka ini yang menimbulkan huru hara dalam masyarakat . Mat rempit mengambil kesempatan atas kelalaian individu dengan meragutnya , ah long menggunakan peluang mengenakan bunga atas kelewatan peminjam membayar wang mereka , pembuat vcd haram mencetak hak cipta orang lain ,rogol orang , dan banyak lagi contoh "mengambil kesempatan " dari sudut negativ .

Jadi kita sebagai manusia yang berfikiran waras , seharusnya kita menggunakan setiap kesempatan dan peluang yang ada kejalan kebaikan dan menguntungkan kita dunia dan akhirat , fikir dulu sebelum bertindak dan rancanglah dengan sebaiknya . Gagal merancang , merancang kegagalan.

Sebenarnya artikel ini ditulis selepas aku membaca berita ini , senangnya orang membuat kekayaan dengan mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain , geram juga rasanya .

Fikir - fikirkanlah dan selamat beramal .

Review siri Blogger Boy 8tv

Posted by @Posting ini telah ditulis sendiri or edit oleh loque a.k.a jiwakacak on , under , , |





Salam. Korang dah nengok ke cerita ini ? Ape yang best sangat pasal cerita ini ? Aku nak cerita panjang pon tak reti sangat , so korang layan la sendiri ye . Siri baru di 8tv .

BLOGGER Boy yang merangkumi 20 episod akan menemui penonton 8TV (atau saluran 708 Astro) setiap Khamis jam 9.30 malam bermula 28 Mei 2009 ini.Drama bersiri ini menampilkan pengacara ‘Destinasi Bajet’ Qi bergandingan dengan pelakon-pelakon muda yang cukup berbakat iaitu Nas-T dan Julie Woon.

Blogger Boy mengisahkan kehidupan pahit manis seorang jejaka bernama Budi (Qi). Budi, berusia 20-an masih mencari-cari erti sebenar kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Pada waktu yang sama, Budi juga mempunyai identiti rahsia di sebuah laman blog miliknya yang diberi nama “Budak KL”.

Minggu ini dah episod dua , kalau berminat jangan lupa menontonnya .

Original website , klik sini .

Al - kisah mencari barang rare

Posted by @Posting ini telah ditulis sendiri or edit oleh loque a.k.a jiwakacak on Tuesday, June 2, 2009 , under , , |



sekadar gambar hiasan

salam pembuka bicara. Aku nak tulis apa pun malam ini tak tau , sebenarnya sahaja aku nak menceritakan betapa penatnya aku dalam dua tiga hari yang lepas. Sakit sengal - sengal badan ini masih kuat terasa dek kesan membawa beg yang berat penuh berisi barang - barang bundle. Jenuh juga nak mencari barang tempahan dari member aku di melaysia. Selera juga budak - budak ini mengoder dengan aku , tapi dah bank in duit terpaksa la aku laksanakan juga , bagi mengisi masa lapang selepas taman exam tempoh hari. Kata hobi mencari barang - barang rare..hehe.

Banyak benda yang berlaku time menyelam hari tu , nak melayan kerenah arab ini bukan semudah melayan orang kita , macam - macam pael ! kena maki dan dihina tu dah biasa , kalau yang lagi best tu sampai kena halau dari kedai dia orang , tebal muka beb , tapi alah bisa tegal biasa , nak dapat harga murah kena lah tempuhi semua ini . Kadang - kadang aku frust juga dengan dia orang ini , ada ke kata aku tak mampu nak beli barang - barang dalam kedai dia orang , macam lah "show" sangat koleksi yang dia ada , yang tak tahannya dah la cakap depan orang ramai ..huh , nasib lah aku ini penyabar orang nya , maki dalam hati je la..

Kalau korang nak tau arab mesir ini style macam memaksa orang beli barang dia , itu kadang - kadang nak tergelak juga nengok member - member yang kena situasi macam ini , terpaksa beli walaupun tak berkenan.. kesiankan. Tapi aku ada cara sendiri , macam - macam alasan aku bagi , ayat mesti mau power.. jangan sampai kena cium dengan arab sudah..yang ini pun pernah berlaku pada aku , layan je la..hehe......."No - No" , mampus nak layan , cepat - cepat la blah dari kedai tu , malas aku layan orang sangap ! jatuh standart aku beb.

Tetapi semua tu small metter je , yang paling puas time kita dapat harga yang kita nak , dah puas bertaki , air liur dia pun dah berjujut kat muka ini , baru lah nak kasi , bagi aku , tak kisah la dapat kurang seringgit pun , janji dapat , sebab memang susah nak beat harga ngan dia orang ini . Itu satu hal , kalau dah beat , tak dapat harga kita nak , dia maki pulak kita tak beli barang dia , pasal buang masa je layan kita..sengal la , nama pun client , kenalah layan..frust - frust !

Banyak lagi al-kisahnya , sikit - sikit je la aku cerita untuk kongsi dengan korang , buat pengubat hati yang panas membara dengan mamat - mamat arab yang kerek nak mampus tu .. Falsafah aku satu je time membundle ini , "Biar rugi beli , jangan rugi tak beli " . Lu fikirlah sendiri. Salam.


Di sebalik gosip ustaz akhil hayy dengan waheda

Posted by @Posting ini telah ditulis sendiri or edit oleh loque a.k.a jiwakacak on Monday, May 25, 2009 , under , , , |



gambar akhil hayy ,isteri,dan waheda


Isu ustaz akhil hayy yang di gosipkan dengan waheda dah meletus bagai gunung berapi sekarang . Apa yang aku nak tulis pasal dia nih adalah kesannya kepada golongan pendakwah yang lain , ianya tetap memberikan impak yang tidak baik walaupun sedikit, inilah yang dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.Aku yakin selepas kes ini, orang lain , masyarakat umum khususnya akan memandang serong terhadap orang agama . Aku sebagai orang yang belajar dalam bidang agama mengakui ada perasaan terkilan dengan apa yang berlaku , dan mengharapkan cerita ini tidak benar pada asalnya , tetapi setelah didedahkan akhbar yang menyatakan keizinan isteri ustaz akhil hayy membenarkan suaminya berkahwin lagi, itu sudah cukup menampakkan kekeruhannya.

Inilah yang dinamakan ujian dalam berdakwah , hanya allah yang tahu tujuannya . Bagi kita yang berakal , berkifirlah secara positiv dan jangan kita hanya tahu menghentam kesalahan orang lain. Selagi mana kita dinamakan manusia , tidak lari daripada melakukan kesalahan , dan sebab itu allah sentiasa membuka pintu taubat seluas - luasnya kepada hambanya yang mahu bertaubat . Walau bagaimana pun harus kita ingat setiap hamba yang diuji oleh allah itu adalah untuk mengahapuskan dosa - dosa lalu dan menaikkan martabat hambanya disisinya .

Bagi aku , hanya mendoakan ustaz akhil hayy tabah menghadapi ujian ini , memandangkan bidang kerja ustaz yang mencabar sebagai pendakwah dan selebriti , aku mengaharapkan ustaz akhil hayy lebih berhati hati . Bersihkan semula nama baik ustaz, dan teruskan lah berdakwah . Walaupun keadaan sedang gamat , bersabarlah dengan apa yang berlaku.

"Hidup tak selalunya indah , langit tak selalu cerah , siang malam tak berbintang , itulah lukisan alam "

"Ijazah terbaik datangnya jalanan , dari pengalaman bercakap dan bersalaman "

"Jangan kita mengharap kesempurnaan dari seseorang , kelak jika dia membuat kesilapan , langsung kita membencinya "

Renung - renungkan lah , dan selamat beramal !