
Salam.Semua mesti pelik aku pilih tajuk ni kan , takde apa pun sebenarnya , aku pun tak tahu nak cakap macam mana dah ni , aku betul-betul kehilangan "keberahian membaca kitab" time-time nak dekat exam ni.Aku nengok member-member lain punya semangat dengan study group , aku juga yang terkial-kial macam ayam berak kapur duk mengadap pc yang oldskool ni.Sepatutnya aku yang lebih semangat dari dia orang sebabnya aku baru balik dari melaysia,sedangkan mereka ada yang tak pernah balik pun setakat ni masih lagi bersemangat menghadapi peperiksaan setiap version.Ustaz husni (bukan nama sebenar) pernah berpesan kepada aku,katanya
"spender baru pun kalau dah lama pakai lama-lama jadi kendur juga getahya , inikan pulak semangat kita , kenalah selalu perbaharui ".Tapi masalahnya aku still lagi tak naik semangat walaupun dah balik melaysia langsung..sepatutnya "sepender yang lama dah ganti baru", mesti la sedap pakai , begitu juga dengan semangat aku, harus membara-bara.Mungkin juga "sepender" yang aku beli tu cap ayam walaupun brand levis501 , itu kot yang menyebabkan dia cepat "kendur".Fahamkan maksud aku? maknanya mungkin semangat yang aku ambil dari melaysia tu sekadar hangat - hangat tahi ayam je , sampai sini habuk pun tak ada. Pokoknya setiap yang kita azamkan perlu dengan usaha yang berterusan dan bukannya angan - angan kosong yang diimpikan menjadi kenyataan , yang diharapkan berlaku secara ajaib sahaja...
Lu pikirlah sendiri !!