Wednesday, December 22, 2010
Hadiah yang rare
Tadi aku berjaya memaksa diri aku pergi ke kelas . Walaupun tak mandi pagi , aku tetap gosok gigi dan pakai minyak wangi tommy hilfiger . Kadang2 aku rasa lebih kacak dan cool bila tak mandi pagi , kerana memperlihatkan diri aku lebih neutral .
Sampai kelas dalam pukul 9 setengah pagi . Aku nengok keliling kelas masih lagi kosong . Aku ambil kerusi yang berdekatan , park kat luar tunggu doktor masuk .
Setelah beberapa ketika , kelas bermula dengan baik , walaupun kehadiran agak memberangsangkan , iaitu 10 orang pelajar , doktor tabah mengajar sambil pakai spek mata hitam berjenama fila .
Habis kelas pertama terus sambung kelas kedua . Aku dah cuak pasal tak pernah masuk seumur hidup aku . Teruk aku kena dengan doktor hari ini . Aku kebalkan iman dan telinga . Dengar saja nasihat berguna dari dia ...
Selasai kelas doktor suruh pergi pejabat dia . Kita orang bakal menerima hadiah pasal datang kelas hari ini . Seramai lapan orang pelajar cemerlang telah menerima kitab siap tanda tangan dari penulisnya . Tepat pukul 12 aku cow balik .
Sambil kembang hidung dan urat2 lengan , aku melangkah pergi . Terasa kehadiran aku dihargai , walaupun hanya sekali .
Syukran ya doktor .
Hadiah yang rare
2010-12-22T04:46:00+02:00
jiwakacak
catatan penulis blog|
Powered by Blogger.