Arab satu dan arab dua | Jiwakacak

Wednesday, December 15, 2010

Arab satu dan arab dua

Aku tak kusyuk betul tidur malam ni .Berkali2 pintu rumah aku diketuk oleh arab .

Arab pertama : Salam , weh aku datang nak ambil tangga aku semalam , ada lagi kan ?

Aku : Ada lah , sila lah masuk sebelum aku tutup pintu ni .

Dia masuk dengan hati yang riang tanpa memahami langsung perasaan aku , kebetulan matmods ada , baru keluar dari bilik air . Aku suruh dia tolong tengok2 kan arab tadi . Aku sambung tidur balik .

Tengah syok mimpi bercanda dengan x-girlfriend aku , sekali lagi pintu rumah berdentum kuat . Aku bingkas bangun meninggalkan x-girlfriend aku yang sedang aku dukung . Dengan hati yang panas bab goreng pisang panas aku pergi buka .

Aku : hah  , kau nak apa ?

Arab kedua : hehe , hari ini kan dah 15 hari bulan , aku nak duit sewa internet .

Aku : Aku mana ada duit lagi , aku pon tengah koya kau ganggu aku ni !! esok aku bayar lah .

Arab kedua : janji ? esok aku datang jangan kau tak nak bayar .

Aku : ye lah , aku bayar esok .

Aku masuk balik dalam selimut . Nak sambung dukung x-girlfriend aku . Tapi sampai sudah tak boleh tidur .
Kepala sering memikirkan esok macam mana nak bayar , aku duit langsung takda nih ..

Dah lah aku kena tanggung duit sewa internet member aku sekali , aku suruh berhenti sewa sebelum balik melaysia tak nak , dah tak pasal2 aku kena tanggung .

Aku kusut . Aku bangun balik dari tidur yang nyata , cucuh apa yang patut , buka sinar fm , aku tulis posting ni . siut betul lahh .
Powered by Blogger.
Back To Top