Showing posts with label best. Show all posts
Showing posts with label best. Show all posts
Thursday, December 9, 2010
cita - cita dan perancangan
Insya allah 2 tahun lagi aku akan habiskan study aku . Sekarang dah masuk tengah bulan , jadi aku kena beri lebih tumpuan pada kitab2 aku , bukan lagi pada facebook dan kamera oldskool aku . Aku tak sabar nak jalankan perancangan hidup aku akan datang .
Member aku kat melaysia dah sibuk ajak join venture nak biz ngan dia . Macam2 kita orang plan . Nak ternak lembu dalam kebun getah ayah aku lah , nak buka kedai bundle jual pakaian mandi , buat kedai hafcut bekas kereta baru lepas eksiden.. semuanya dah 2 tahun dalam planning , tapi masih di peringkat buku 555 . Lagi 23 step akan berjaya .
Tapi aku percaya semua ini akan menjadi kenyataan kelak . Time sekolah agama dulu pun , kita orang bercita - cita nak pergi mesir ramai2 , duduk seat belakang skali naik flight sambil ngorat pramugari , sudah menjadi kenyataan , walaupun ianya sembang kosong sebelum kami tidur sunat , time orang sibuk bersiap nak pegi sekolah ...
Monday, August 9, 2010
Monolog hati yang penuh kekusutan
Bulan ni paling kusut buat aku . Tak lama lagi bulan ramadhan tiba . Moga kedatangannya memberi seribu satu ketenangan .Dalam 2 ke 3 minggu ni aku banyak mengahabiskan masa di cairo . Lepak dengan member2 disana . Nak kata gembira aku dah najah pada tahun ni , biasa2 saja . Syukur pada tuhan . Makin besar cabaran aku selepas ni . Moga tuhan tabahkan kawan2 aku yang masih gagal . Pengalaman itu mahal harganya .
Duduk sini memang banyak pakai duit . Nak2 kalau dah makan bertahun2 duduk sini . Aku sangat terasa duit amat penting bagi aku sekarang . Banyak kerja aku tergendala kerana duit . Member aku baru je sound sorang kawan dia pasal duit. " bro duit ko tu tak boleh beli segalanya apa yang ko nak " . Dalam hati aku pula berbisik " tetapi segalanya memerlukan duit " . Sampai tahap macam tu aku membenarkan kenyataan hati aku , wal hal memang betul pun member aku cakap .. Begitu lah gambaran hati aku sekarang yang ketagihan duit .
Mungkin kerakusan dan sifat boros yang keterlaluan aku , menghimpit aku sendiri , ditambah pula dengan faktor sekeliling aku yang yang menyokong aku berbuat demikian , tu aku makin kusut. Dah buat baru fikir . Aku suka mengambil risiko dan hanya memikirkan kesan jangka masa pendek . Itu yang kadang2 memakan diri aku sendiri . Hanya beserah pada tuhan , moga rezeki aku tak putus . Mesir banyak mengajar aku erti tawakkal dan merendah diri aku pada yang esa . Sangat besar pengajaran yang aku dapat . Moga tuhan tetapkan hati aku padanya walau apa pun cubaan yang mendatang .
Yang penting aku bagi aku sekarang nak call malaysia , dah lama tak helo2 mak dan abah . Aku betul2 rindukan mereka . Tadi aku baru layan cerita , tajuk dia buta warna . Dalam tu dia mempersoalkan tentang kewujudannya dimuka bumi ini , adakah hanya untuk makan minum , kerja kahwin , buat anak , tua pastu mati . Adakah itu saja matlamatnya . Mungkin ada persamaan pada aku sebelum ni , sedikit tersentuh dengan monolog hati dia , membuat aku tersedar , rupanya aku ada tugas lagi besar perlu dilaksanakan sebagai khalifah di muka bumi ini . Moga tuhan menolong aku .
Serius aku dah ada azam baru , kamus baru , kitab amalam baru , moga diisi dengan semampat - mampat manfaat . Moga aku sentiasa mendapat sokongan dalaman dan luaran yang tak putus .
Wednesday, April 14, 2010
Hobi yang best tapi menghabiskan duit
Enteri kali ni lebih kepada luahan hati dan perasaan yang tak patut dikongsikan. Sejak 2 tahun ke belakangan ni aku banyak bertukar - tukar minat dan hobi , dan semua yang aku buat ni memerlukan pelaburan yang mengikis duit poket aku ..
Mana taknya memula dok main barang bundle , tiap2 minggu wajib pi menyelam cari barang baru , ikut la seluar ke baju ke . Asalnya memang nak buat pakai je , tapi alih2 boleh buat duit jugak jual barang bundle , kira boleh la makup duit aku , kira aku tak dapat untung apa2 la sangat , seluar yang aku jual dapat balik cover barang yang aku beli buat pakai . kira hobi ni sampai sekarang jadi sumber rezeki aku .
Tapi cari barang bundle takde la makan modal besar sangat , geli2 je orang cakap , lepas pada tu aku dah mula kenal rayban kaca mata paling dikehendaki ..aku lama dah minat nak cari gali rayban vintage ni , tapi modal ngan port saja yang tak jumpa2 lagi , skali dah jumpa start kumpul rayban pulak , hobi yang boleh dikira untung la jugak pasal rayban orang cari dan harganya mua tau la , mencecah ribu2 derr .. boleh cari makan la , modal besar untung lagi besar .

Baju seluar dah ada , rayban dah pakai , apa lagi agak2 yang boleh dicari erk ?? rasa macam tak cukup lengkap kalau takde gedjet yang satu lagi..aku start pulak kumpul jam antik..yang ni lagi care beb , aku paling suka jam chronograph manual (koleksi aku ) , tiap2 pagi kene kunci macam jam loceng , sebab aku suke model ni part engiin dia , cukup berseni dan sangat complicated .. harga jangan tanya , kalau pasaran melaysia ribu2 jugak , tapi aku beli buat pakai je , sayang dowh nak jual..tapi ini hobi boleh bikin duit jugak la , lagi banyak untuk dari aku jual rayban ngan barang bundle . Orang cakap kalau pompuan gah dia pada emas yang dia pakai , kalau laki2 pada jam dia pakai , betul ke ?
Jam pon dah banyak besarang dalam kotak , pakai yang mana suka je , kira hobi ni skang dah selow skit . Aku ni jenis yang suka duduk dalam kenderaan menikmati pemandangan yang indah2 , aweks2 lalu pun aku suke je nengok..:D . Memandangkan aku takde kamera walaupun pada handpon , aku try pulak cari kamera buat snap gambar2 besh .. bermula la episod bermain kamera antik pulak dah..kamera tak de mahal sangat , tapi yang tak daya part beli kodak ngan cuci gambar , memang makan duit , jenis gila nak amik gambar je , tak pikir time nak cuci nanti , tu jadi pokai habis skarang ni ..bulan ni aku kosong sen terus..dek penangan hobi aku sume nih , dan yang bestnya , port aku cari barang bundle situ jugak la port kamera dengan jam , bayangkan klu dah turun sekali , bawa duit seribu pun tak cukup...
Jadi sebenarnya aku tulis panjang2 ni , nak luahkan kekesalan aku berbelanja ikut nafsu layankan minat yang takde penghujung ni , berpada pada la jangan tiru macam aku...minat2 jugak , duit mesti mau jaga yer..yang penting aku enjoy dengan minat yang ada ni...nak cakpa apa pun ikut korang la..sape2 yang ade minat sama ngan aku leh la kita geng..:D
Friday, September 11, 2009
Download album terbaru hujan | Mencari konklusi
Album baru hujan berjudul mencari konklusi , aku nak kongsikan dengan korang . Lagu - lagu dalam ni aku dah dengar , best sume . Nak lagi best time dengar gunakan speaker 1.4 creativ , room theater , pasang kuat - kuat sambil goyang kepala . Selamat mendownload ye . Dah download jangan lupa ucap terima kasih . Sharing is caring .
P/S : Nak lagi best beli cd yang original .
Link download : Klik sini sekarang.
P/S : Nak lagi best beli cd yang original .
Link download : Klik sini sekarang.
Link download 2 : Klik sini sekarang.
Sunday, June 28, 2009
Bagaimana membuat duit mudah dengan twitter

Salam pembuka bicara. Dah lama rasanya tak update blog ni , malas yang teramat sangat . Dalam minggu ini aku banyak baca forum je , nak cari benda baru skit , dah lame tak menggodam forum pebret aku . Sambil - sambil tu aku nak kongsi la juga forum - forum yang selalu aku jelajahi buat mengisi masa lapang , antaranya jombincang , devoteesofcharade , im . Kira yang ni top 3 la . Banyak lagi yang aku usya , tapi tak sekerap yang 3 ni . Korang nak join pon boleh , banyak info boleh dapat dari sini , cari aweks pon boleh :D
Sebenarnya aku nak kongsikan ilmu yang aku dapat selepas melepak di jombincang . Tak tahu la korang dah tahu ke tidak , tapi yang penting aku nak kongsi juga, berpegang kepada falsafah aku sekiranya mahu mendapatkan semangat untuk menulis posting , "bukan semua yang kita tahu orang lain tahu , begitu juga sebaliknya " .
So the topic is " bagaimana membuat duit mudah dengan twitter ? "
Ok.. cara ni paling mudah nak dpt $10 dlm sehari..
so.. kepada sesiapa yang belum kenal Twitter tu.. berkenalanlah dgn twitter segera kerana kita akan buat duit dgn twitter..Fokuss
seperti biasa.. anda juga perlu ada akaun paypal .. mudah dan simple je
1. Buat 1 - 3 akaun kat Twitter
2. Join twtAd.com - advertising company yg advertise kat Twitter.
3. Dah join twtAd , sekarang masa untuk post ads kat dalam profile akaun Twitter korang tadi.. Mudah je benda nih.. kat dlm dashborad twtAd , dia tunjukkan segala nya.. setiap ads yg korang post , akan dpt $0.03-$0.20 ..so lagi byk click , lagi byk la duit korang ..
4. Mass follow org lain dalam twitter. Pastikan korang mempunyai follower yg ramai dlm setiap akaun twiiter yang dibuat pada perkara 1 tadi. lagi byk follower lagi byk click..
so nak mudah dpt follower, korang guna je FlashTweet | A Twitter App For Followaholics
5. mudah kan... yg paling penting !! cari seramai mungkin FOLLOWER ok..
Aku ringkaskan step2 utk korang...senang je..
1. register 3 akaun twitter.
2. register twtad.com
3. bagi yg baru mesti takde follower kat twitter kan.. so yg paling mudah gunakan flashtweet.com dan buat mass follow.
4. dartarkan acc twitter yg anda buat pada perkara 1 tadi kedalam twtad.com . Bila anda sudah ada lebih daripada 25 follower, anda dah boleh post ads daripda twtad kedlm twitter anda. Anda akan dibayar berdasarkan jumlah click yg dibuat oleh follower anda. So , lagi byk follower, peratus utk iklan diclick adalah amat tinggi.
5. ulangi langkah 3 sehingga anda dpt bejuta-juta follower.
Kredit to jombincang untuk tutorial.
Friday, June 5, 2009
kesempatan adalah peluang terbaik ?
Mengapa manusia suka mengambil kesempatan ? Adakah di situ adanya kelebihan berbanding kelemahan ? Ataupun sikap mengambil kesempatan ini naluri setiap insan? selalunya orang yang suka mengambil kesempatan ini diketegorikan orang pandai atau bodoh ? Adakah anda sendiri suka mengambil kesempatan atas kelemahan diri orang lain ?Semua ini selalu juga bermain dalam fikiran aku . Dalam menjalani kehidupan seharian , kadang - kadang aku rasa "mengambil kesempatan" ini penting juga , tetapi biarlah kena pada tempatnya. Dari sudut positivnya , "mengambil kesempatan" ini menghasilkan kebaikan kepada kita jika kita tahu menilainya sebelum kita melakukan tindakan . Ini bermaksud sekiranya sesuatu perkara yang menjadi kelemahan kepada orang lain dijadikan kesempatan yang terbaik untuk menonjolkan kekuatan kita. Sebagai contoh dalam hal berkenaan perniagaan , seorang "runner " mengambil upah dari clientnya , asalnya perkara itu harus diselesaikan oleh tuan empunya diri , tetapi disebabkan kemalasan untuk menguruskannya , kesempatan ini digunakan oleh "runner" tersebut untuk mengambil upah dari clientnya .
Begitu juga sebaliknya , jika mengambil kesempatan dari sudut yang negativ , maka ini yang menimbulkan huru hara dalam masyarakat . Mat rempit mengambil kesempatan atas kelalaian individu dengan meragutnya , ah long menggunakan peluang mengenakan bunga atas kelewatan peminjam membayar wang mereka , pembuat vcd haram mencetak hak cipta orang lain ,rogol orang , dan banyak lagi contoh "mengambil kesempatan " dari sudut negativ .
Jadi kita sebagai manusia yang berfikiran waras , seharusnya kita menggunakan setiap kesempatan dan peluang yang ada kejalan kebaikan dan menguntungkan kita dunia dan akhirat , fikir dulu sebelum bertindak dan rancanglah dengan sebaiknya . Gagal merancang , merancang kegagalan.
Sebenarnya artikel ini ditulis selepas aku membaca berita ini , senangnya orang membuat kekayaan dengan mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain , geram juga rasanya .
Fikir - fikirkanlah dan selamat beramal .
Review siri Blogger Boy 8tv
Salam. Korang dah nengok ke cerita ini ? Ape yang best sangat pasal cerita ini ? Aku nak cerita panjang pon tak reti sangat , so korang layan la sendiri ye . Siri baru di 8tv .
BLOGGER Boy yang merangkumi 20 episod akan menemui penonton 8TV (atau saluran 708 Astro) setiap Khamis jam 9.30 malam bermula 28 Mei 2009 ini.Drama bersiri ini menampilkan pengacara ‘Destinasi Bajet’ Qi bergandingan dengan pelakon-pelakon muda yang cukup berbakat iaitu Nas-T dan Julie Woon.
Blogger Boy mengisahkan kehidupan pahit manis seorang jejaka bernama Budi (Qi). Budi, berusia 20-an masih mencari-cari erti sebenar kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Pada waktu yang sama, Budi juga mempunyai identiti rahsia di sebuah laman blog miliknya yang diberi nama “Budak KL”.
Minggu ini dah episod dua , kalau berminat jangan lupa menontonnya .
Original website , klik sini .
Wednesday, June 3, 2009
Al - kisah mencari barang rare
Salam. Aku nak tulis apa pun malam ini tak tau , sebenarnya sahaja aku nak menceritakan betapa penatnya aku dalam dua tiga hari yang lepas. Sakit sengal - sengal badan ini masih kuat terasa dek kesan membawa beg yang berat penuh berisi barang - barang bundle. Jenuh juga nak mencari barang tempahan dari member aku di melaysia. Selera juga budak - budak ini mengoder dengan aku , tapi dah bank in duit terpaksa la aku laksanakan juga , bagi mengisi masa lapang selepas taman exam tempoh hari. Kata hobi mencari barang - barang rare..hehe.
Banyak benda yang berlaku time menyelam hari tu , nak melayan kerenah arab ini bukan semudah melayan orang kita , macam - macam pael ! kena maki dan dihina tu dah biasa , kalau yang lagi best tu sampai kena halau dari kedai dia orang , tebal muka beb , tapi alah bisa tegal biasa , nak dapat harga murah kena lah tempuhi semua ini . Kadang - kadang aku frust juga dengan dia orang ini , ada ke kata aku tak mampu nak beli barang - barang dalam kedai dia orang , macam lah "show" sangat koleksi yang dia ada , yang tak tahannya dah la cakap depan orang ramai ..huh , nasib lah aku ini penyabar orang nya , maki dalam hati je la..
Kalau korang nak tau arab mesir ini style macam memaksa orang beli barang dia , itu kadang - kadang nak tergelak juga nengok member - member yang kena situasi macam ini , terpaksa beli walaupun tak berkenan.. kesiankan. Tapi aku ada cara sendiri , macam - macam alasan aku bagi , ayat mesti mau power.. jangan sampai kena cium dengan arab sudah..yang ini pun pernah berlaku pada aku , layan je la..hehe......."No - No" , mampus nak layan , cepat - cepat la blah dari kedai tu , malas aku layan orang sangap ! jatuh standart aku beb.
Tetapi semua tu small metter je , yang paling puas time kita dapat harga yang kita nak , dah puas bertaki , air liur dia pun dah berjujut kat muka ini , baru lah nak kasi , bagi aku , tak kisah la dapat kurang seringgit pun , janji dapat , sebab memang susah nak beat harga ngan dia orang ini . Itu satu hal , kalau dah beat , tak dapat harga kita nak , dia maki pulak kita tak beli barang dia , pasal buang masa je layan kita..sengal la , nama pun client , kenalah layan..frust - frust !
Banyak lagi al-kisahnya , sikit - sikit je la aku cerita untuk kongsi dengan korang , buat pengubat hati yang panas membara dengan mamat - mamat arab yang kerek nak mampus tu .. Falsafah aku satu je time membundle ini , "Biar rugi beli , jangan rugi tak beli " . Lu fikirlah sendiri. Salam.
Friday, April 17, 2009
Idea

Ijazah terbaik datangnya dari jalanan , dari pengalaman bercakap dan bersalaman .
Subscribe to:
Posts (Atom)
Powered by Blogger.