Monday, August 9, 2010
Monolog hati yang penuh kekusutan
Bulan ni paling kusut buat aku . Tak lama lagi bulan ramadhan tiba . Moga kedatangannya memberi seribu satu ketenangan .Dalam 2 ke 3 minggu ni aku banyak mengahabiskan masa di cairo . Lepak dengan member2 disana . Nak kata gembira aku dah najah pada tahun ni , biasa2 saja . Syukur pada tuhan . Makin besar cabaran aku selepas ni . Moga tuhan tabahkan kawan2 aku yang masih gagal . Pengalaman itu mahal harganya .
Duduk sini memang banyak pakai duit . Nak2 kalau dah makan bertahun2 duduk sini . Aku sangat terasa duit amat penting bagi aku sekarang . Banyak kerja aku tergendala kerana duit . Member aku baru je sound sorang kawan dia pasal duit. " bro duit ko tu tak boleh beli segalanya apa yang ko nak " . Dalam hati aku pula berbisik " tetapi segalanya memerlukan duit " . Sampai tahap macam tu aku membenarkan kenyataan hati aku , wal hal memang betul pun member aku cakap .. Begitu lah gambaran hati aku sekarang yang ketagihan duit .
Mungkin kerakusan dan sifat boros yang keterlaluan aku , menghimpit aku sendiri , ditambah pula dengan faktor sekeliling aku yang yang menyokong aku berbuat demikian , tu aku makin kusut. Dah buat baru fikir . Aku suka mengambil risiko dan hanya memikirkan kesan jangka masa pendek . Itu yang kadang2 memakan diri aku sendiri . Hanya beserah pada tuhan , moga rezeki aku tak putus . Mesir banyak mengajar aku erti tawakkal dan merendah diri aku pada yang esa . Sangat besar pengajaran yang aku dapat . Moga tuhan tetapkan hati aku padanya walau apa pun cubaan yang mendatang .
Yang penting aku bagi aku sekarang nak call malaysia , dah lama tak helo2 mak dan abah . Aku betul2 rindukan mereka . Tadi aku baru layan cerita , tajuk dia buta warna . Dalam tu dia mempersoalkan tentang kewujudannya dimuka bumi ini , adakah hanya untuk makan minum , kerja kahwin , buat anak , tua pastu mati . Adakah itu saja matlamatnya . Mungkin ada persamaan pada aku sebelum ni , sedikit tersentuh dengan monolog hati dia , membuat aku tersedar , rupanya aku ada tugas lagi besar perlu dilaksanakan sebagai khalifah di muka bumi ini . Moga tuhan menolong aku .
Serius aku dah ada azam baru , kamus baru , kitab amalam baru , moga diisi dengan semampat - mampat manfaat . Moga aku sentiasa mendapat sokongan dalaman dan luaran yang tak putus .
Monolog hati yang penuh kekusutan
2010-08-09T06:01:00+03:00
jiwakacak
best|catatan penulis blog|
Powered by Blogger.